Ya kamu, jangan kamu pandang ke belakang..
Aku maksudkan kamu itu Muslimah.
Apa khabar dirimu?
Aku sangat merindui suaramu yang merdu memujukku..
Aku rindu menerima belaian lembut darimu..
Jangan kamu berpaling dariku
Aku tahu kamu mahu menjadi dirimu
Aku tahu apa yang bersarang dalam hatimu
Kamu mahu berubah bukan?
Kamu mahu mendapatkan cinta-Nya bukan?
Jangan kamu mahu lari dari cinta-Nya lagi wahai Muslimah..
Aku tahu kamu mahu kembali pada-Nya
Aku tahu kamu malu mengakuinya
Tapi kamu tak mungkin mampu menyembunyikannya dariku
Aku tahu..kerana aku juga Muslimah..
Muslimah yang juga mahu berubah..
Dan sekarang juga masih dalam proses untuk ditarbiyah..
Apa khabar imanmu Muslimah?
Apa khabar hatimu?
Jangan kamu pernah padamkan niatmu untuk berubah
Aku tahu kamu menginginkan dirimu jadi yang solehah
Tapi jerat syaitan dan doktrin palsu masih menghantui dirimu
Buangkan saja persepsi itu wahai Muslimah..
Kerana kamu takkan mampu bahagia dengan dirimu yang palsu..
Aku tahu itu..kamu jangan menipu diriku dan dirimu
Mereka kata menutup aurat itu melanggar hakmu
Mereka bilang syariat Islam itu mengongkong kebebasanmu
Mereka tipu! Jangan kamu mudah terpedaya dengan hasutan mereka.
Kerana yang sebenarnya merekalah yang tersesat
Tersesat dan terus terpedaya tanpa dapat disekat!
Apa yang kamu perlu lakukan sekarang adalah kembali kepada fitrah
Kembali kepada Tuhanmu yang satu..
Kerana Dia pasti menerimamu kembali
Dia sudi membersihkan hatimu
Memberikan seluruh penghormatan manusia kepadamu wahai Muslimah..
Jadi berubahlah..
Mulakan dengan satu langkah
Kemudian langkah yang lain pasti menyusul..
Ayuh sambut tanganku ini..
Aku mahu bawa kamu pergi dari dunia yang kotor ini
Muslimah yang lain sudah menunggumu
Serta para bidadari juga sudah berbaris menyambut kehadiranmu..
Apa kamu tidak gembira sayangku?
Jangan kamu biarkan dirimu ditipu lagi..
Aurat itu kehormatanmu..maruah itu harga dirimu..
Islam itu peganganmu..jangan kamu lupa itu Muslimahku..
Tetaplah berpegang pada agamamu..
Jangan kamu ragu..
Kerana syurga itu pasti seperti mati itu pasti.
Syurga itu indah kerana Allah itu indah.
Ayuh Muslimah..cepatlah kamu melangkah.
No comments:
Post a Comment