Entry kali ni nak cerita pasal kawen lah~ Haha. Gatal noh. Tapi ni bukan gatal. Ini sunnah..(krik..krik..krik..)
Pernah saya call mama masa saya tengah busy dan tension buat kerja. Tiba-tiba saya bagitau, “Mama..penatlah..saya nak kawen lah. Taknak belajar lagi..”, saja-saja nak test mama. Guess what she reply? Mama saya kata, “Hang tak payah nak gatai sangat lah. Hang pi belajaq sampai habess dulu. Lepas hang keja, hang nak kawen ka nak apa ka, ikut suka hati hang!” (p/s : mama bagitau lain, ni saya tulis balik lebih kurang macam tu la ayat dia. Sejak bila mama saya pandai cakap loghat utara? :D). Saya pun gelak-gelak sajalah. Ni masa saya sem 2 kalau tak silap. Masa tu mama anti betul kalau saya cakap pasal kawen2. (Alaa mama ni..nak main-main pun tak boleh. Choii…). Tapi sekarang parents dah macam open sikit la bila cakap pasal kawen dan apa-apa saja. Mungkin dorang rasa saya dah matang untuk bagi pendapat sendiri. Mudah-mudahan. (senyum)
Balik kepada kisah kawen tadi. Saya setuju kalau orang-orang muda sekarang nak kawen awal. Kawen masa belajar di universiti ke. Masa sekolah ke..err..sekolah tu macam tak patut pula. Kalau perempuan yang sekolah, yang lelaki pula dah kerja takpe lagi. Suami masih boleh bagi nafkah zahir batin. Kalau isteri tak pandai buat kerja, salahkan diri sendiri ye. Sape suruh kawen dengan budak sekolah. Sebab apa saya setuju dorang kawen awal? Sebab kalau tengok zaman sekarang berapa kerat yang boleh jaga ikhtilat? Batasan dalam pergaulan. Sangat susah. Saya sendiri pon rasa susah nak jaga. Jadi lebih baik saya hidup sorang-sorang saja. Selagi Allah ada dalam hati, InsyaAllah. Tak rasa sunyi sangat. (Ni cakap lebih kalau sorang-sorang memang sedih juga. Sob3..). Ok.Lupakan pasal saya.
Bagi pasangan yang nak nikah kawen masa belajar, saya sangat merestui. Sangat! (over pula).Bagus. Lagi baik kamu rasa susah dalam perkahwinan daripada berketawa riang masa couple secara haram (takde ikatan yang sah) dan menyakitkan mata yang memandang.
Galakkan mereka kawen awal tu lebih baik dari melihat anak berjaya dalam pelajaran tapi agama, akhlak entah ke mana. Adakah kita boleh jamin anak-anak akan bahagia dalam perkahwinan lepas semua maksiat yang dorang lakukan masa tengah asyik bercinta walaupun dalam akademik mereka sentiasa dekan setiap semester? Tak juga kan? Jadi salah merekakah? Mesti ibu bapa juga antara stakeholders dalam kegagalan rumahtangga dan dosa mereka kan? Tapi kalau parents tak bagi juga, anda pula janganlah memandai-mandai pula nak salahkan ibu bapa. Sebenarnya kita sendirilah kena jaga diri..Allah kan ada? (Senyum). Jadi semua depends pada kebijaksanaan kedua-dua belah pihak pasangan dan ibu bapa. Yang penting, istikharah, musyawarah dan segala hal lain sudah dilakukan. Dan ibu bapa pon kenalah bersikap terbuka dengan anak-anak muda sekarang. Instead of halang niat mereka, cuba bincang dan bagitahu mereka kenapa kita tak bagi dia kawen awal. Pasti ada sebab kan? (Owh, saya rasa macam dah jadi ibu anak 3 sekarang..'kita' tu..)
Dan bagi pasangan yang nak kawen pula, mestilah kena ada persediaan dari segi mental dan fizikal. Kena tahu agama dan praktikkan. Kalau tak tahu kena lah belajar..tok guru tak akan datang rumah anda untuk bagi ilmu. Kita yang kena cari sendiri. Baru ada ‘kaf’ ‘ba’ ‘ra’ ‘kaf ’ ‘ta’ ‘nun’-keberkatan. Kalau setakat beria-ria nak kawen tapi ilmu agama ntah ke mana, kebersihan ntah ke mana, akademik ntah ke mana, sumber kewangan ntah ke mana, pengurusan diri ntah ke mana, baik anda pendamkan sajalah niat baik anda untuk menyempurnakan separuh daripada agama masa belajar. Saya tak rasa anda dapat membina rumah tangga yang bahgia sambil melambai-lambai tangan ke syurga. Kalau saya jadi ibu bapa, saya sendiri taknak bagi dorang kawen awal. Menyusahkan saya saja nanti kita pula yang kena selesaikan kes-kes rumahtangga dan anak-anak mereka. Heh.
Saya pula macam mana? Kata nak kawen? Ye..memang ada simpan niat nak kawen ni..jodoh pun ada. Cuma tak tahu sape yang tertulis dalam kitab-Nya. Huhu..(ayat bajet bagus). Bukan tak mahu, tapi..mak ayah tak kasi T_T .Macam dialog yang seperti anda baca di atas. Mula-mula memang kaciwa lah walaupun calon pun masih takde. Tapi takpe, takpe. Allah kan ada? Memang saya masih dalam kuasa wali saya lagi. Walaupun pendapat kami tak sama, tapi saya sangat menghormati pendapat mama dan ayah..dah tu mereka yang besarkan saya sampai saya jadi diri saya sekarang, belikan apa-apa yang saya nak, tahan dengan segala karenah dan fiil semua anak-anak mereka..agak tak bersyukur di situ kalau ye ye nak bagi hujah-hujah dan dalil-dalil segala just sebab nak nikah kawen? Huhh..dahsyat-dahsyat..saya sendiri tak banyak persediaan lagi nak kawen. Lagipun mereka ada pendapat mereka sendiri walaupun masih ada pendapat yang boleh dipatahkan di situ. Tapi Alhamdulillah. Saya jenis boleh terima pendapat orang selagi saya rasa pendapat mereka logik dari segi saintifik dan dalil-dalil. Tengok pada keadaan dan orang la pula kan..hihihi..
Jadi apa yang saya mampu buat sekarang hanyalah buat persediaan dengan tuntut ilmu agama dan dunia banyak-banyak. Cuba jaga tingkah laku jangan bagi brutal sangat. Kena jaga diri dan bersikap lemah lembut
Lagu sweet. Click sini :>> Sayang - Shae
No comments:
Post a Comment