Powered By Blogger

Monday, 17 June 2013

I'm Speaking Kelate~

Salam semua. Saya sangat terharu malam ni sebab masa saya tengah taip entry ni, saya bakal menduduki test final untuk Software Requirement Engineering (SRE) kurang beberapa jam dari sekarang. Satu-satunya subjek yang banyak teori saya rasa untuk sem ni. Waaa~ saya sangat malas bab nak kena menghafal..siapa-siapa, tolong saya T_T

Jadi nak kembalikan semula mood study tu, saya kena menaip banyak-banyak. Bagi hilang segala kerunsingan dalam hati ni kemudian sambung balik buat nota yang ke-4. Ok. As the title goes, I, as a Software Engineer-to-be (bajet), would like to tell you about a ridiculous story that happened to me when I’m studying at MARA of Matriculation College Kulim (KMK) in Kedah on 2010-2011..(please ignore the vocab/grammar error/etc) :D

Saya baru nak masuk umur 18 tahun masa tu, kali pertama saya terpisah jauh dari keluarga dan kali pertama juga saya perlu belajar jauh dari negeri asal saya. Dengan kawan-kawan yang datang dari merata negeri dari seluruh Semenanjung Malaysia, saya tak tahu something bad akan berlaku pada saya. Haha.(Senyum).Saya memang ‘original’ berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang atau boleh juga dipanggil negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga atau negeri Serambi Mekah. Setiap nama tu ada maknanya yang tersendiri..

Dan semua maklum, negeri saya ni memang mempunyai bahasa dan budaya yang lain dari yang lain. Kalau yang tak biasa dengar orang negeri CSWK (baca Cik Siti Wan Kembang) ni bercakap, memang tak faham la apa yang dorang nak kata ni. Loghat dia tak macam loghat orang ‘utagha’ atau orang ‘nogori’ yang masih boleh difahami maksudnya. Dan saya pula, sangat kasihan, (muka sedih) saya memang tak pandai nak cakap Bahasa Melayu baku atau standard atau yang sewaktu dengannya. Memang lidah saya sudah diajar makan budu dan bukannya kari atau capati atau sebagainya. Kat rumah pun saya memang tak cakap Bahasa Melayu. Saya dan family speaking... Speaking Kelate!

Nak menambahkan keharuan cerita sedih saya, kebanyakan group tutorial saya pula terdiri daripada orang negeri Selangor, Terengganu, Penang dan lain-lainnya. Pada mulanya, hanya saya dan sorang lagi kawan saya yang berasal dari negeri CSWK. Dan dia, Alhamdulillah ,juga tak pandai nak cakap BM.Haha. Macam saya juga, kami hanya pandai speaking 'bahasa' kami. Maka untuk bercakap dengan kawan-kawan satu group, memang dah macam ayam dan itik berkomunikasi. Sorang dok quack..quack..sorang lagi dok kok..kok..haru..sampai penat dan terbelit-belit lidah nak di translate ‘sebutir-sebutir’ bahasanya..~_~




Dan saya, lepas beberapa minggu berada di KMK, dengan segala ke’tensen’an nak catch up study nye (sebab batch saya hanya belajar 1 tahun), ditambah pula dengan susah nak berkomunikasi dengan kawan-kawan satu tutorial, saya jadi sangat-sangat down. Rasa macam nak telefon ayah suruh ambil saya sekarang juga. Lebih baik saya balik rumah tanam jagung saja.Tapi kalau saya telefon, memang saya dah dapat agak apa respond ayah.Mesti kena brain wash habis-habisan. Tak pun ayah buat-buat tak layan saja dan umpan saya dengan bagi duit belanja lebih..ohh ayah..tolong lah saya..saya perlu difahami..haru~

Dan disebabkan tekanan emosi yang amat sangat masa tu, saya jadi sangat pasif. Saya tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa. Walaupun dengan roommate sendiri (roommate orang Selangor), kawan satu dorm atau kawan-kawan satu negeri sekalipun. Hampir seminggu berkeadaan begitu. Saya rasa sangat tertekan dengan study dan keadaan sekeliling. Sangat tak biasa. Sampai kawan saya yang satu sekolah dulu nak menangis tengok keadaan saya. Jauh beza dengan perangai masa sekolah. Saya dah tak bising-bising, gila-gila, suka buli, nakal, banyak cakap dan semuanya. Sudah tak mampu saya nak beremosi. Saya rasa macam nak angkat sebelah tangan pun dah tak mampu. Haha..dah over sangat ni -_-''

Tapi satu hari tu, kawan satu tutorial yang memang suka kacau saya (walaupun saya nak tak nak je layan) dan sorang lagi kawan saya yang juga satu tutorial, ajak saya outing ke pekan Kulim. Saya setuju nak ikut dorang sebab saya rasa saya perlu keluar 'ambil angin' baru. Dah macam banduan dah rasa dok dalam kolej ni. Memang kami banyak peraturan dan dikawal ketat. Siap kena masuk 'mahkamah' lagi kalau ada masalah disiplin. Tapi yang bestnya, kami makan free 5 kali sehari dan dapat elaun tiap-tiap bulan. Alhamdulillah (bersyukur). Start lepas tu saya dah mula rasa nak bercakap. Alahai rasa macam teruk sangat je bunyi. Saya rasa memang macam kena culture shock. Shock habis satu badan. Dengan pak cik bas orang India nye..(kat Kelantan jarang nak jumpa orang India dan Cina jadi rasa agak janggal). Certain tempat je ada.


Bahasa Kelantan

Tapi disebabkan kawan saya sorang tu orang Selangor dan sorang lagi orang Terengganu (masa sekolah menengah dulu belajar kat Pahang), jadi saya belajar juga sikit-sikit cakap BM. Tak 'speaking' sangat dah. Walaupun accent tu memang ‘berbau budu’ juga, tapi tak mengapalah. Yang penting dorang faham apa saya nak cakap.Penat-penat saya translate dari BK (Bahasa Kelate) ke BM. Itu pun kena fikir dulu sebelum nak cakap. Haha. Dan nasib baik juga kampung kawan saya tu kat Kelantan dan masa kecil dia dibesarkan kat sana. Sekarang menetap di Selangor. Tapi yang penting dia faham loghat Kelantan. Jadi kadang-kadang kalau susah sangat nak translate saya 'speaking' juga dengan dia.Dah fedup sangat susah nak sebut betul-betul..

Masa pun berlalu. Sebelum saya tamat belajar kat KMK dengan usaha dan penat lelah dok bercampur dengan budak-budak dari negeri lain-lain, saya jadi terbiasa juga cakap BM dengan jayanya. Haha. Satu kepuasan dengan usaha keras saya selama belajar benda baru. Tapi yang specialnya masa belajar kat Kedah, saya dah tak guna ‘awak’ tapi dok, “Hang nak pi mana? Awat laju sangat tu, nak pi mana?” Kat sana saya tak minum air tapi saya minum ayaq. Hehe. Memang banyak kenangan pahit manis saya sepanjang berada di Kulim.

Dan kat situ jugalah saya cuba berubah perlahan-lahan dan sampai la jadi macam sekarang. Ditarbiyah dengan benda-benda yang baik. Serap ilmu-ilmu agama disamping saya relatekan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis dengan ilmu sains yang saya belajar secara saintifik dan logiknya supaya mantap keyakinan saya dalam beragama. Dan juga belajar jadi ‘perempuan sejati’. Masa saya di sekolah menengah saya sangat aktif berpersatuan dan berprogram. Kalau perempuan lain sibuk nak ber'make-up', pakai baju lawa-lawa, saya pula sibuk nak main aktiviti lasak-lasak. Dah macam lelaki. Ditambah pula saya takde kakak (ada abang 2 orang). Dengan kawat kaki, kem, sukan, bowling, kelab ni kelab tu dan lain-lainnya. Saya hanya pakai baju kurung masa hari raya dan majlis formal. Itu pun mama yang tempah. Ikutkan saya mahu pakai seluar dan t-shirt saja.Senang nak langkah laju-laju. Hee~

Tapi dalam proses nak belajar tu kadangkala terkantoi juga. Pernah masa berada dalam kelas BI, kawan saya tanya saya pasal kerja yang teacher bagi waktu tu. Dia tanya saya bila kena hantar kerja ni. Saya pula bila buat kerja memang sangat fokus. Tak boleh orang ganggu. Dengan muka serius buat kerja, saya dok terfikir-fikir juga nak translatekan ayatnya. Lepas fikir saya kata, “Teacher nak selalu.” Tapi dia tak faham. Dengan muka berkerut-kerut dia tanya lagi. Haa?? Teacher nak apa?? Saya pula malas nak melayan.Saya nak siapkan kerja cepat-cepat.Tapi bila ditanya banyak kali saya naik rimas.Dengan muka ketat tanpa mengangkat muka saya ulang balik dengan nada tinggi sket."Ish, teacher nak selalu la.Nak selalu!" Masa tu saya terfikir juga, kenapa la dia ni buat-buat tak faham pula. Saya rasa saya dah translate dengan betul. Yakin!

Tiba-tiba kawan saya yang berada di sebelah menyampuk, “Teacher nak sekarang..”.Saya 'tersentap' kejap.Tapi tangan masih laju buat kerja. Patut la dia tak faham..kalau dalam BK nye bunyi dia macam ni, “Teacher nok slalu”. ‘Nok’ jadi ‘nak’. Tapi ‘slalu’ tu memang kalau di translate directly jadi 'selalu'. Tapi yang betulnya ‘sekarang’…waahhh..muka saya rasa panas semacam. Tapi saya kena cover. Dengan muka ketat macam tadi saya jawab, “haa..itu la yang aku nak kata tadi..tu pun tak faham…”.Saya pandang kawan saya yang sorang lagi. Dia orang Terengganu. Yang outing sekali dengan saya dulu. Haha. Memang masa tu saya rasa malu habis.Rasa nak tergelak pun ada. Kalau boleh masa tu saya nak angkat kertas dan pen saya perlahan-lahan dan sambung buat kerja bawah meja sambil menyorok kat situ. Allah je yang tahu perasaan saya waktu tu. Tapi bila ingat balik, saya mesti senyum sendiri. Saya selalu cerita peristiwa ni pada kawan-kawan dan keluarga saya. Mereka mesti gelak besar bila dengar ni. Adoi..macam-macam..

Itu salah satu dari banyak-banyak cerita. Kalau cerita dalam kuliah lagi banyak. Dalam kuliah pula kebanyakan pelajar berasal dari Kelantan. Saya ditempatkan dalam kelas E untuk Sains Hayat atau Biologi. Kelas kami dipecahkan kepada 4 tutorial.Saya berada dalam kelas E tutorial 3. Jadi group saya adalah E3. Waktu dalam kuliah, ada satu peristiwa lucu, masa tu kelas Biologi. Cikgu Biologi tanya kehadiran sorang pelajar kelas kami. Dia tak datang. Jadi kawan yang paling rapat dengan pelajar tu, orang Kelantan, jawab, “Megat tak segar, cikgu”. Lepas tu satu kelas gelak. Saya rasa macam sayur pula si Megat tu bila dia kata Megat tak segar. Sepatutnya tak sihat. Tapi dalam BK memang ‘tak sihat’ jadi ‘tok segar’ pun.

p/s : Tapi sekarang, bila belajar di Terengganu walaupun dok cakak Ganu sangat, kecek Kelate tu akan terkeluar jugak. Automatik. Sebab ramai juga orang Kelantan kat sini. Kalau orang yang tegur tu kecek Kelate, maka Kelate jugalah saya jawab atau kalau dia cakap guna loghat utara, jadi utaralah saya balas.Reflex action.Hoho ^0^
Keluar

No comments:

Post a Comment