Powered By Blogger

Sunday, 23 June 2013

Kamu Jangan Futur..





Tuhan..kakiku telah penat melangkah..Lisanku sudah lelah memberi peringatan.Namun aku tetap futur..Bukan ujian dari manusia yang aku takuti.Tapi dosa yang dilakukan oleh diri sendiri..Tuhan..jika aku lemah, kuatkanlah..Jika aku futur, sedarkanlah..Aku tahu tanggungjawabku hanya sekadar memberi peringatan..Tapi bila aku terlalai, aku sendiri pun tak mampu untuk mengambil pengajaran..Tuhanku..aku sungguh takut untuk melangkah keluar dari tempat perlindunganku..Tapi bila mengingatkan amanahku pada kedua ibu bapa dan agama, aku kuatkan juga diriku..Sebelum melangkah meninggalkan kawasan paling selamat bagiku, aku sudah meminta pertolongan dariMu semoga aku tidak terjatuh..Tapi mengapa di pertengahan perjalanannya kakiku tersadung juga?

Tuhanku..sedihnya aku bila memerhatikan ummat nabi terakhirMu..Mereka sudah tidak melihat dosa itu sebagai dosa tapi menjadikan itu sebagai satu nikmat. Aku jadi terfikir sendiri..apakah mereka tidak mengenal syurga-Mu..sudahkah mereka diberi peringatan sebelumku? Tuhanku..semasa Engkau kuatkan hatiku, aku mampu menahan segala halangan..tapi bila aku terleka dari diriMu..hatiku sudah tak mampu merindui diriMu. Aku hilang arah..tanganku tak dapat lagi mencapai ketenangan dariMu. Engkau jangan pernah lari dariku wahai Ilahi kerana aku pasti tersungkur tanpaMu..dan aku tahu Kamu tidak pernah lari dariku. Sebenarnya akulah yang tersasar dari-Mu. Wahai Tuhan..bila aku mula tersedar aku pasti teresak mencariMu..bukan aku sengaja lari darimu..tapi perlindunganku sudah mula goyah dihempas hawa nafsu dan musuhku.

Apa yang paling mendukakan diriku bila mereka yang cuba ku tarik mendekati diriMu seperti mula meninggalkan aku sendiri..bagaimana aku tidak berduka wahai Tuhanku? Aku tidak mahu keseorangan..aku tak mahu terus-terusan kesunyian. Wahai Tuhan..bawalah aku pergi kepada Mu..aku sudah tidak mampu...aku mahu Kamu saja yang menemaniku kerana yang lain sudah menghilang dari sisiku. Semoga bila aku sudah mengisi seluruh imanku, aku mampu untuk menarik mereka kembali ke jalanMu tanpa jemu. Tuhanku..aku mohon Engkau kurniakanlah kepada mereka jiwa yang tenang. Engkau berikanlah petunjuk yang terang kerana aku sungguh berasa tak mampu melakukannya sendiri dan mereka yang berusaha bersama-samaku juga sudah kekurangan kekuatan..tapi yang sebenarnya aku lah yang lemah..bukan mereka..

Tuhanku..larutkanlah aku dalam cintaMu..kerana cinta yang ku tunggu seperti tidak mungkin akan bertamu..Tuhanku, hiasilah diriku dengan Al-Quran..dan biarkanlah bibirku diringankan untuk sentiasa mengalunkan zikir yang tenteram..Tuhanku..aku tak mahu futur..aku mahu bangun kerana aku tidak tahu bila Engkau akan meminta nyawaku..sekurangnya sekiranya bila telah tiba waktu ku, Engkau tahu aku sudah berusaha semampuku untuk menegakkan agamaMu dan berusaha menjaga diriku..Tuhan..aku mahu bangkit..aku tidak mahu jatuh terus-terusan..aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka. Aku mahu bangun dari terus bermalas-malasan. Tuhanku..kuatkanlah diriku ya…semoga pelangiku mampu memunculkan dirinya kembali…mudah-mudahan..dan aku tahu aku pasti mampu bangkit dengan pertolonganMu..



Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment