Dalam masa satu hari saya sudah menghabiskan novel karya Dr.Farhan Hadi. Sekarang tengah menghalusi novel Sebarkan Cinta-Mu pula. Novel yang digarap hasil kajian daripada tesis Master yang ditulis oleh penulis sendiri. Berbaloi untuk membaca dan memiliki novel tarbiyah ni. Ibarat membaca sambil menambah info mengenai agama. Kandungan novel setebal 874 muka surat ni banyak membincangkan isu munakahat (perkahwinan) terutamanya isu poligami dan agak sarat dengan pengetahuan mengenai fiqh, usul fiqh dan maqasid syariah. Menepati bahan bacaan pilihan saya. InsyaAllah. Saya sangat tertarik dengan info-info hadis yang diselitkan dalam novel ni. InsyaAllah saya akan cuba untuk kongsikan serba sedikit bersama pembaca blog ni ya. Kalau nak tahu lebih kenalah beli satu. InsyaAllah sama-sama bantu ekonomi umat Islam sambil tambah ilmu ^_^
INFO HADIS – LELAKI PALING CEMBURU
Daripada Mughirah
RA katanya, Saad bin Ubadah mengatakan, “Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan
serong (bermesra-mesraan) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan
pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu
baginda berkata,
“Mengapa
kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu (ambil endah
dan bencikan maksiat demi agama) daripadanya. Dan Allah lebih cemburu
daripadaku. Kerana itu dilarangnya perbuatan keji, baik yang terang ataupun
yang tersembunyi. Dan tiada tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih
daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita
gembira dan orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka
menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang yang memuji-Nya)
dijanjikannya syurga.”
(HR
Al-Bukhari dan Muslim)
wah...ana dh beli lama dah tp xbca g...ana dlm proses mnyiapkan doodle n dua buah cerpen...idea xmo keluar...lg membuak2 ana nk bce...
ReplyDeletehehe. bittaufiq wannajah ^_^
ReplyDelete