Powered By Blogger

Saturday, 13 July 2013

Lelaki Paling Cemburu

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah. Sudah 4 hari kan kita menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan tahun ni. Saya pun sudah lama tak mengemaskini blog ni. Tapi kali ni saya dalam proses menghabiskan bahan bacaan saya yang berlambak-lambak. Hajat di hati nak cari buku bibliografi Prof Dr Muhaya yang baru di launch beberapa hari lepas tapi tak ada pula di kedai buku berhampiran.Jadi sebab buku yang dicari tak jumpa, saya beli dua buku lain. Novel Sebarkan Cinta-Mu (Fatimah Syarha Mohd Noordin) dan Kutemui Cinta-Nya (Dr.Farhan Hadi). Alhamdulillah kedua-duanya novel tarbiyah. Sesuai untuk mendidik jiwa yang sedang gersang supaya kembali segar dengan roh tarbiyah.

Dalam masa satu hari saya sudah menghabiskan novel karya Dr.Farhan Hadi. Sekarang tengah menghalusi novel Sebarkan Cinta-Mu pula. Novel yang digarap hasil kajian daripada tesis Master yang ditulis oleh penulis sendiri. Berbaloi untuk membaca dan memiliki novel tarbiyah ni. Ibarat membaca sambil menambah info mengenai agama. Kandungan novel setebal 874 muka surat ni banyak membincangkan isu munakahat (perkahwinan) terutamanya isu poligami dan agak sarat dengan pengetahuan mengenai fiqh, usul fiqh dan maqasid syariah. Menepati bahan bacaan pilihan saya. InsyaAllah. Saya sangat tertarik dengan info-info hadis yang diselitkan dalam novel ni. InsyaAllah saya akan cuba untuk kongsikan serba sedikit bersama pembaca blog ni ya. Kalau nak tahu lebih kenalah beli satu. InsyaAllah sama-sama bantu ekonomi umat Islam sambil tambah ilmu  ^_^

INFO HADIS – LELAKI PALING CEMBURU


Daripada Mughirah RA katanya, Saad bin Ubadah mengatakan, “Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata,

“Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu (ambil endah dan bencikan maksiat demi agama) daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarangnya perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang yang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”

(HR Al-Bukhari dan Muslim)



Info hadis dari novel  Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

2 comments:

  1. wah...ana dh beli lama dah tp xbca g...ana dlm proses mnyiapkan doodle n dua buah cerpen...idea xmo keluar...lg membuak2 ana nk bce...

    ReplyDelete