Powered By Blogger

Friday, 31 May 2013

Hati yang hilang..

Riding Emaan..
Ku kirimkan ayat cinta dalam sujudku.
Tapi aku resah kerana hati masih membeku..
Apakah 'persembahanku' tidak sempurna pada pandanganMu?
Atau kebatilan telah memperdayai diriku?
Apakah yang perlu aku lakukan sekarang wahai Ilahi?
Menghentikan segala seruanku lalu beruzlah untuk mendekati-Mu?
Atau meneruskan pekerjaanku lalu mencari idea yang baru?
Astaghfirullah..hati telah mengering dan jiwa telah membeku..
Semoga aku bukanlah termasuk golongan yang rugi itu..
Dan puisiku telah hilang keindahannya kerana jiwa ini tidak lagi bersama-samaku..

#I'mCopyingThisFromMyDiary#

Semoga cinta yang hilang kembali datang..

No comments:

Post a Comment