Assalamualaikum w.r.t.
Alhamdulillah. Selawat dan salam yang mekar mewangi buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikuti petunjuk Baginda hingga ke hari akhirat. Orite. Hari ni tangan terasa ringan nak tekan
keyboard. Jadi,
select punya
select, saya terjumpa gambar-gambar yang saya ambil sepanjang kursus Equestrian sem ni. Hari Sabtu lepas (18/5/13), sepatutnya kami yang ambil kursus Ko-Kurikulum (koko) Equestrian sem ni kena pergi lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Terengganu. Tapi sebab saya perlu siapkan segala macam
assignments, projek,
group discussions dan
test minggu ni, jadi tak dapat la nak join lawatan tu. Huhu. Agak terkilan juga. Sebab saya dah berapa kali lalu kawasan tu
on the way balik rumah. Tapi takde rezeki jugak. Takpe la. Lain kali ada lagi. InsyaAllah.
 |
Stable Tok Jembal |
Ok! Nak cerita sket pasal Equestrian UniSZA ni. Fasi Equestrian UniSZA
yang kami panggil Cikgu Nazuki seorang yang sempoi, lucu dan open.
Beliau memang banyak pengalaman dalam bidang ni dan dah banyak kali join
sukan berkuda ni.
Stable kat depan Pantai Tok Jembal, tempat kami
belajar ni jugak adalah hak milik kekal beliau ye. Pernah sekali kami
tanya, "Harga sekor kuda ni berapa cikgu?", dia jawab, "Tak mahal, yang
tu RM15k sekor, yang depan tu RM150k". Haha.Ok.(Telan liur). Tak mampu
la~
 |
Cikgu Nazuki |
First day masuk kelas koko, kami diberi penerangan benda2 basic pasal kuda. Mula2 belajar biasa la, tak pernah sentuh kuda. Bila kuda datang dekat, yang tak biasa dekat dengan kuda tu terus langkah jauh sket. Heh. Kata nak belajar. Tapi saya akui, saya sendiri agak
nervous berada dekat dengan kuda ni pada mulanya. Ye la.Badan kuda dewasa ni besar, gagah lagi tu.Mata dia siap jeling2 kita lagi.
Seriously, takut juga.Tapi sebelum ni saya dah
join Equestrian Club, jadi perasaan berdebar macam nak jumpa bakal
hubby tu agak kurang. Masa ni kami diberi penerangan pasal cara nak mendekati kuda, cara nak jaga, faham sifat dia, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.Macam nak kenal seseorang juga, orang kata tak kenal maka tak cinta.
 |
Grooming |
Ni sesi
grooming. Sebelum nak
riding, kita kena bersihkan kuda dulu. Cuci bersih2 guna alat2 tertentu.Kat atas ni kawan kita tengah guna
hoof pick untuk buang kotoran yang melekat kat bawah tapak kaki kuda.
 |
Sikat rambut kuda |
Guna
body brush dan
dandy brush untuk bersihkan badan kuda.
Grooming ni sangat penting sebab masa
riding nanti, kalau ada apa2 benda tajam atau pasir masih melekat kat badan kuda lepas kita siap pasang
saddle dan sebagainya, kalau kuda rasa tak selesa, akan ada masalah masa nak tunggang. Faham-faham la kan kalau kuda rasa tak selesa nanti, bukan kita tunggang kuda, silap haribulan kuda yang tunggang kita.Heh.
 |
Mandikan kuda |
Kalau agak2 kuda tu macam kotor sangat sebelum
riding atau bila dah selesai
riding, jangan biar pulak dia comot macam tu.Macam kita juga, kuda pun kena mandi untuk menjamin kebersihan dan keselesaan.
 |
Basuh..basuh..basuh.. |
Tengah mandikan Zorro.
 |
Blink3..dah bersih~ |
Ni la hasilnya bila dah mandi.Berkilat-kilat badan
pony neh.Siap ikat lagi ekor dia taknak bagi jejak tanah.Huhu.
 |
Classmates : Yusman & Khairul |
Bila dah bersih, bolehla kita peluk2 macam kawan kita kat atas ni.Hehe.
 |
Pasang bridle |
Ok
next.Sebelum nak
riding kita kena pasang
bridle pada kuda.
 |
Sesi pemasangan |
Semua kena buat kerja jadi kuda pun jadi pening.Ngee~
 |
Head piece |
Ok.Bila kelengkapan macam
Bridle,Saddle,Stirrup,Numnah dan
Boots dah pakai, kita boleh tunggang
slow2.
First-rider la katakan, kena la tunggang
slow dulu kan..nanti terbang pula
rider nye..
 |
Amin tengah tunggang pony |
 |
Khairul is riding horse |
Kalau ada
orang tanya, horse dengan pony tu lain ke? Ye. Memang horse dan pony tu
lain-lain. Kita boleh bezakan dengan saiz juga.Ok. Tu la antara
pengalaman yang kami dapat sepanjang kursus koko sem ni. Sangat seronok bila
dapat ilmu baru. Lagi pula, tunggang kuda ni pun salah satu sukan sunnah selain
memanah dan berenang.
Sabda Rasulullah
SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat
Muslim).Dan
insyaAllah, minggu hadapan, 25/5/13 kami akan menganjurkan sukan berkuda
terbuka. Program ni sebahagian daripada projek kursus kami dan termasuk sekali
dalam markah untuk final nanti. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kongsi
cerita mengenai perjalanan program sukan berkuda pula.
Nak kongsi
satu pengalaman sepanjang saya menyertai aktiviti ni. Kalau dalam sukan
berkuda, biasanya memang ada etika pemakaian untuk penunggang. Dari hujung
rambut hingga hujung kaki. Etika dan peraturan ni sebagai langkah keselamatan
penunggang juga. Kalau kena pakai boots,helmet ok lagi. Saya tak kisah. Tapi
kalau kena pakai baju ketat seluar kettattt SAYA KISAH. Pernah masa Equestrian
Club buat program di Royal Kelantan Endurance Centre, fasilitator yang jaga
kata, baju kena masuk dalam seluar. Ok. Kami yang pakai baju Muslimah ni dah
gelisah. Macamana nak masukkan baju dalam seluar, sedangkan baju atas lutut
pun dah buat kami rimas. Memang ada ramai juga pelajar Syariah yang join sukan
ni. Dan saya respect bila mereka masih
jaga pemakaian sebagai seorang Muslimah. Dan saya lagi la tak kisah.Saya bukan
pakai baju labuh tudung labuh sebab saya belajar kos pengajian agama. Saya
pelajar Sains dari dulu sampai sekarang. Tapi untuk menjaga aurat itu adalah hak wanita Islam. Tak kira dia siapa dan belajar kos apa.
Balik pada
cerita di Endurance Centre tadi, bila turn kami tunggang kuda, buat2
tak tahu je la. Pakai je baju Muslimah dan tudung labuh. Tak kisah la orang nak
kata apa.Fasilitator dan orang sekeliling pun tak halang. Kalau
dorang nak berhujah depan saya, saya boleh balas hujah berserta logik, saintifik, fakta dan dalil2
sekali. Hehe. Melawak je. :P.. yang penting pemakaian itu hak kami.Aurat tu hak
kami. This is a ‘Human Right’. Hehe. Human Right bagai. Tapi kalau
ikut logik, orang Arab masa perang dulu pakai jubah je kot. Takde pula saya
dengar laporan kata, ‘Orang Arab Maut Kerana Jubahnya Dipijak Kuda Semasa
Menunggang’ atau ‘Peraturan Pakaian Kettattt Untuk Pasukan Berkuda’ dan
sebagainya. Bagi saya takde masalah dalam hal ni. Nasihat saya, Muslimah, do
what you want to do. Because if they can do, you can do better! Islam pun
tak pernah sekat wanita Islam bersukan atau bersosial selagi tak melanggar
syariat. Tapi saya akan sangat hargai kalau kerajaan wujudkan pusat sukan
tertutup untuk wanita.Walaupun pakaian kettattt untuk keselamatan
tu logik, tapi bila saya terbayang-bayang orang Arab tengah naik kuda pakai
jubah longgar di padang pasir tu, saya rasa logik juga. Ngee~
 |
Riding horse |
No comments:
Post a Comment