Powered By Blogger

Thursday, 5 September 2013

Menjadi Wanita..

Aku ingin menjadi wanita yang suci dalam penjagaan Allah swt.
Yang lemah lembut bicaranya..
Yang ikhlas hatinya..
Yang solat 5 waktu..
Yang berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia..
Malah tidak lupa mengindahkan amalan dengan amalan sunat yang lain..

Aku ingin menjadi wanita yang terhormat dan terpelihara..
Bukan kerana harta dan pangkat..
Tetapi kerana akhlak dan adab yang lebih indah dari sekebun bunga..
Yang malu pada dosa yang dilakukan..
Yang redha pada tuhannya..

Aku juga sebenarnya mahu menjadi wanita yang bahagia..
Kerana hanya orang yang bahagia mampu membahagiakan orang lain..
Jika aku seorang anak, aku mahu jadi anak yang solehah
Yang menyejukkan mata yang memandang dan berbakti kepada keduanya..
Dan yang manjadi pendinding mereka berdua dari api neraka
Jika aku seorang adik dan kakak, aku mahu menjadi yang paling baik
Yang menghormati hak seorang abang dan yang mencintai adik beradik yang lain
Supaya mereka bisa menjadi aman semasa kehadiranku dan terkenang bila tiada
Jika aku seorang isteri bagi seorang lelaki
Aku mahu menjadi isteri yang mampu menenangkan hati dan dirinya
Dan menjadi ibu yang penyayang untuk zuriat keturunannya
Yang mampu memberikan inspirasi dan tahu berdikari..

Aku ingin menjadi wanita yang terbaik
Bukan kerana aku mampu ditatap dan dipuja jutaan manusia
Tetapi kerana kerendahan hati dan kemuliaan dengan rahmat-Nya
Yang terbuka itu indah..tapi yang tertutup itu pasti lebih indah..

Aku sebenarnya mahu menjadi wanita yang baik bicaranya
Kerana apa gunanya nikmat Allah tanpa dapat memberi kebaikan pada tuannya?
Aku bukanlah mahu menjadi penghibur yang punya ramai peminat
Yang dipuja dan dipuji di segenap tempat
Kerana pujaan dan pujian dari malaikat di setiap tingkat langit itu lebih terhormat..
Aku lebih suka diriku sibuk menatap kitab Al-Furqan Al-Quranul Karim
Dan memperindahkan bacaannya lebih dari mendengar lagu dari mulut manusia
Kerana nyanyian membuatkan jiwa manusia gundah gulana
Sedang ayat-ayat tuhannya mampu menghiburkan hati yang berduka..

Tapi lebih daripada itu..sebenarnya..aku malu untuk mengakui..
Bahawa sebenarnya aku mahu menjadi wanita syurga..
Ketua bagi bidadari syurga yang dicipta oleh Dia dengan kekuasaan-Nya
Yang berdampingan bersama para wanita yang mulia..
SubhanaAllah..layakkah aku?
Menjadi wanita yang paling mulia di syurga Dia?
SubhanaAllah…malunya aku..

Tapi harapan tetap ada..kerana Dia yang memberi harapan..
SubhanaAllah..aku seperti mahu tersenyum memikirkan baiknya Dia..
Sebenarnya aku juga mahu menjadi wanita yang paling bahagia..
Yang bertegas dan teguh dalam pendiriannya..
Yang lembut apabila dipandang..
Yang jernih air mukanya kerana ketaatan pada-Nya..
Yang apabila memandang penuh dengan sifat keibuan..

Sebenarnya aku tidak yakin..
Tetapi Dialah yang menetapkan keyakinanku.
Maha Suci Dia yang punya kasih dan cinta pada hamba-Nya..
Dan aku sebenarnya…mahukan cinta-Nya…lebih dari itu semua….
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..tetapkanlah hati kami pada agama-Mu..

00:06am 5/9/13

Sunday, 21 July 2013

Puisi Dari Hati

Playing while listening : background music play

Seperti seekor burung yang gembira terbang bebas di langit biru
Aku juga seperti itu..
Gembira bercinta dengan Tuhanku
Dalam doa dan dalam setiap sujudku
Apabila ditemui makrifat cinta itu
Seakan aku tidak mahu melepaskan rindu
Rindu yang sentiasa singgah di dalam kalbu
Aku bahagia menjadi diri sendiri
Seperti bahagianya si pengemis mendapat rezeki
Bukan mudah untuk mendapatkan cinta Ilahi
Perlu berkorban itu dan ini
Dan akulah si pengemis
Pengemis cinta Ilahi
Laksana mencari hati yang hilang dibawa pergi
Kerana cinta yang selayaknya sudah mampu dirasai
Ujian yang dulu terasa sukar pun sudah menjadi sebati
Sebati dalam diri yang tak biasa disakiti
Dan pengorbanan itu menjadikan aku seperti ini
Muslimah yang tahu harga diri persis sang mawar berduri
Mahu didekati pun perlu berfikir dua kali
Dibenci aku tak sendiri, disindir pun tak mampu melukakan hati
Kerana hati ini sudah dijaga oleh Yang Maha Mengasihi
Oh Tuhan aku suka menjadi diri sendiri
Kerana setiap orang yang Kau cipta itu punya kelebihannya dalam diri
Sedang yang lain masih tidak mahu menjaga pemberian dari Ilahi,
Walaupun aku tahu mereka belum mengerti
Aku pula lebih suka menjaganya dengan berhati-hati
Takut mengundang murka Ilahi
Sedangkan aku masih perlukan cinta yang suci
Aku suka bila tudung labuhku beralun lembut ditiup angin pagi
Dan memakai pakaian malu bagi menutupi diri
Aku juga tak pernah berasa susah bila perlu mengenakan sarung kaki
Kerana aku tahu janji Allah itu pasti
Bukan sengaja Dia menyuruh itu dan ini
Tapi pasti ada hikmah yang tersembunyi
Walaupun tidak aku kaji dari sudut dalil dan saintifik yang memberikan bukti
Kerana pernah beberapa kali aku mengkaji sendiri
Dan setiap bukti pasti membuatkan aku memuji-muji kebijaksanaan Ilahi
Aku mengerti Allah lebih tahu apa yang ada di langit dan di bumi
Selagi itu perintah dari Yang Maha Mengetahui
Aku tidak peduli
Aku tetap akan mengikuti..
Dan semoga aku istiqamah memelihara apa yang diberi..
Ya Rabbi Ya Rabbul Izati
Tetaplah Kau jaga hati ini
Sehingga ajal menjemputku pergi
Kerana aku tidak tahu bila aku akan mati..

23:39 pm 9/7/13


Saturday, 13 July 2013

Lelaki Paling Cemburu

Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah. Sudah 4 hari kan kita menjalankan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan tahun ni. Saya pun sudah lama tak mengemaskini blog ni. Tapi kali ni saya dalam proses menghabiskan bahan bacaan saya yang berlambak-lambak. Hajat di hati nak cari buku bibliografi Prof Dr Muhaya yang baru di launch beberapa hari lepas tapi tak ada pula di kedai buku berhampiran.Jadi sebab buku yang dicari tak jumpa, saya beli dua buku lain. Novel Sebarkan Cinta-Mu (Fatimah Syarha Mohd Noordin) dan Kutemui Cinta-Nya (Dr.Farhan Hadi). Alhamdulillah kedua-duanya novel tarbiyah. Sesuai untuk mendidik jiwa yang sedang gersang supaya kembali segar dengan roh tarbiyah.

Dalam masa satu hari saya sudah menghabiskan novel karya Dr.Farhan Hadi. Sekarang tengah menghalusi novel Sebarkan Cinta-Mu pula. Novel yang digarap hasil kajian daripada tesis Master yang ditulis oleh penulis sendiri. Berbaloi untuk membaca dan memiliki novel tarbiyah ni. Ibarat membaca sambil menambah info mengenai agama. Kandungan novel setebal 874 muka surat ni banyak membincangkan isu munakahat (perkahwinan) terutamanya isu poligami dan agak sarat dengan pengetahuan mengenai fiqh, usul fiqh dan maqasid syariah. Menepati bahan bacaan pilihan saya. InsyaAllah. Saya sangat tertarik dengan info-info hadis yang diselitkan dalam novel ni. InsyaAllah saya akan cuba untuk kongsikan serba sedikit bersama pembaca blog ni ya. Kalau nak tahu lebih kenalah beli satu. InsyaAllah sama-sama bantu ekonomi umat Islam sambil tambah ilmu  ^_^

INFO HADIS – LELAKI PALING CEMBURU


Daripada Mughirah RA katanya, Saad bin Ubadah mengatakan, “Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata,

“Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu (ambil endah dan bencikan maksiat demi agama) daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarangnya perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang yang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”

(HR Al-Bukhari dan Muslim)



Info hadis dari novel  Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

Sunday, 30 June 2013

A Blissful Change

When I first wearing a scarf, it’s because my family and ustaz/ustazah told me to do so because Muslim woman need to wear a hijab - to show modesty in Islam. But when I growing up, instead of only learning science and other subjects deeply, I was interested to explore the Islamic knowledge because I was attracted with the seerah of the Prophet and his Sahaba which I read in Islamic history books and heard in religious classes-even though I not interested with some Islamic figures around me before I know more about Islam because they like to blame and curse anyone who make mistakes and do something wrong instead of advising properly.

Starting from that, after mingling with good people and keep attending to religion classes in a mosque, ‘surau’ and anywhere else, kind of bashfulness appeared slowly in my life. Instead of only wearing scarf and tudung that do not meet the 'syariat' ways, which is too short, transparent, do not covered hair properly and others, I turn into a long hijab which is worn by some Muslim girls that usually come from religious school. I’m being contrast with the other science students. I was condemned and looked weird by other people including my own family. Of course at first I feel disappointed and annoying with not-accepted-sigh that I need to face alone. Come on. Science student wearing long hijab? Does it make any sense?


One of the people I know told me, “Your tudung is too long. I think it not suitable with you. You look like ‘ustazah’ by the way”. Feel awkward with that hijab even when I wearing those short tudung they don’t saying such thing like that. What’s wrong with my long hijab? Don’t prevent me from doing a good thing for me and for my religion sake. I have my own opinion on how to being a respected and good woman. I stand to this Quran verses:

“O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember.”
 [7: 26]


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). 
[Al-A’raf: ayat 26]


One thing that make me feel annoying is not because they are against me, it because, when I’m doing something wrong, they are not going to advice me and show an awkward expression like that. I know I not that good to be like other pure, innocent Muslim woman who have a chance to learn Islam or was already born in an Islamic family and was educated with Islamic religion. If you want me to put my long hijab from my head, I won’t listen- even though I always against common people point of view in some aspects. I don’t care. Because I think this is the most right choice I have done all my life. I just want to be like those good and bless Muslimah as told in the seerah of the Prophet.I want to be like Saidatina Khadijah r.a., Saidatina Aisyah r.a., Saidatina Fatimah r.a. and other precious women beside Rasulullah s.a.w. and more than that, I want to be the Prophet’s pride in the Hereafter.  I want to feel protected when my father and mother are not beside me to look after me.  You don’t know how difficult it take for me to turn like this and how pain I need to sacrifice all the pleasure which familiar to my life before and I need to leave all the excitement just because I want to obey Allah and Rasulullah s.a.w.. 

If I have decided to wear this long hijab, means that I need to throw away all the jahiliyah things and all the bad deeds which indeed, took a great effort for me.  Yes I once feel depressed and upset with those negative look and stare. I don’t ever think that there is such narrow-minded person like this. They think all those western-stylish-girls are inspired person? They think all that bad, nasty, wild lifestyle is good for all people? And we must follow all their lifestyle even though it was forbidden in Islam? Of course I’m not that kind of person. I want to stick on my own principles. I was still a young teenager that time but I know which is good and which is bad for me. I think I’ve made a right decision to wearing long hijab which covered my aurah totally and I feel save,calm and protected. I don’t think I’ve made a wrong decision even though they are all against me. 

Yes, once in my lifetime I think I've done the right decision for myself. Even though I know I'm right, but after that I was crying so badly. I feel alone..I felt I'm not strong enough to face this alone. I need someone to be beside me. I need someone who can lend me a shoulder when I need to share what I felt at that time. So I pray that Allah will make me strong and bring me to someone who’ll support me and tell me that I’ve made a right decision. I need a support. I need some peace and tranquility. I need the truth which makes me feel strong and confident with myself. I wrote in my diary, with all the tears flowing through the cheek that I wish Allah will sent me a spouse and friends and someone who’ll protect my religion, support my good deeds and will stay beside me when everyone is against me as long as I’m doing the right thing. But one who sweeps my tear away that time was my eldest brother. I told him everything. He texting me and said he was with me. He consoles me and told me that he’ll support me for all the good things I want to do and he’ll prevent me from doing the bad things. He believes on me! Yes I feel more energized and motivated after that. Some light has shone on me. I don’t feel alone. I know Allah love me and He’ll give me the bright truth after this. Yes He is. He’ll never lie to me.

After that even if they don’t like my new appearance, I don’t care anymore. One person is enough for me this time to make me feel believe in myself. He is my brother which I always adore and respect since I was a little girl. Even though he is very firm and bold because he is the leader in the family, he still become the person I respect the most. And after what he has done to me I think I want to respect him more. I adore him-even I pray that Allah will give me a spouse like him. Hee~ But that was when I first wearing a long hijab lah. Long time after all the people surrounding me get use with my ustazah-like-hijab while I keep perform better in all my achievement for everything I do, they slowly accepting my principle and stand. (I realize as I want to be a better Muslim, Allah will always help me even in a little thing I do). After that I keep meeting with many Muslimah that share the same principles like me. They came from a variety of background and field of study. A Muslimah doctor, a pious lawyer, an engineer and another professional person including those who study in Islamic knowledge, the hafizah and others. I love to exchange experiences, ideas and knowledge with all of them I met.

And I though as I wearing long hijab the shyness will disappear within me, but the longer the hijab, the more ashamed I felt! Until I need to mingle with many people around me which most of them are men, I used to cover my face with a piece of cloth. Although it does not able to make me feel completely calm just like I was in my home or as I was with my mahram, but it helps me to behave better with the people around me.

A sense of shyness that appeared protecting me from doing something illegal to the people around me. It controls my behavior. And yes I feel save and protected. SubhanaAllah. I pray that all Muslim women can feel this tranquility and think deeply why Allah asking us to wear a proper hijab for every women.I’m not asking them to wearing this long hijab, but at least, a hijab that cover your aurah correctly, such as, not wearing a scarf with short T-shirt or not wearing legging while you wearing a tudung on your head and others.  There are so many benefits they can get. InsyaAllah as long as we are sincere to obey Allah s.w.t..

Salaam and peace from me, an ordinary Moslem girl who stand to extraordinary principles. I feel Izzah (proud) with my Muslimah-style and I feel bless to be a Muslimah..

O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves [part] of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful.

[33:59]


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab : 59]



Friday, 28 June 2013

Niqabis or Not? Its up to you.



Kepada Lelaki,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.



Kepada Perempuan,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.


Kepada Lelaki,

Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.


Kepada Perempuan,

Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.


Kepada Lelaki/Perempuan,
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri.Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1)
--------------------------------------------------------




الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على نبيه الأنبياء والمرسلين،والهادي إلى صراط المستقيم، وعلى آله المكرمين وصحبة الكريم، ومن تبعهم بإحسن إلى يوم الدين


Pakailah apa yang kamu rasakan baik utk dirimu dan yang boleh menggembirakan hati kekasihmu iaitu ALLAH..
berniqab la..
kerana ianya banyak mendatangkan kebaikan untukmu dan mampu mengawal tingkah dan lakumu..


di masa sekarang ni,terlalu banyak fitnah2 yang di sebarkan oleh wanita2 berhijab...
mereka bertudung,
tetapi ada yang bebas bergaul dgn bukan muhrimnya,
mereka di tangkap khalwat,
mereka ke kelab malam,
menjual tubuh dan sebagainya,
semuanya telah di dedahkan oleh akhbar2
dalam diri mereka sudah tiada perasaan malu pada manusia apatah lagi kepada tuhan..


ada baiknya kamu tetap dengan niqab kamu..
dan jika ada org lain yang membahaskan bahawa niqab itu tidak wajib dan sebagainya,abaikan saja pendapat itu dan biarkan ia berlalu dari mengganggumu untuk beristiqamah..


tetaplah dengan niqabmu..
ALLAH lebih memahami kamu..


tetaplah dengan niqabmu..
kerana ia menggambarkan yang kamu masih ada sifat malu..


dan niqabmu itulah yg menzahirkan rasa malumu..

~فإذا عزمت فتوكل على الله~

14 Sifat Lelaki Dayus

Lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1.. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2.. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3.. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4.. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5.. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.


6.. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7.. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8.. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9.. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10.. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11.. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12.. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13.. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14.. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


"...KEDAYUSAN ini hanya akan sabit kepada LELAKI jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara TERBUKA dan DIKETAHUI olehnya, adapun jika berlaku secara SULIT, suami TIDAKLAH bertanggungjawab dan TIDAK sabit 'dayus' kepada dirinya....."
 


#copy paste from FB : Koleksi Ayat Indah# 

p/s: Saya tak mahu lelaki-lelaki saya (ayah/abang/adik lelaki/suami) dicop dayus depan manusia dan Allah s.w.t. Saya mahu jaga diri demi Allah s.w.t. dan mereka T_T..insyaAllah.. 


 

Monday, 24 June 2013

Saya nak kawenlah!




Salam readers yang diberkati. 

Entry kali ni nak cerita pasal kawen lah~ Haha. Gatal noh. Tapi ni bukan gatal. Ini sunnah..(krik..krik..krik..)

Pernah saya call mama masa saya tengah busy dan tension buat kerja. Tiba-tiba saya bagitau, “Mama..penatlah..saya nak kawen lah. Taknak belajar lagi..”, saja-saja nak test mama. Guess what she reply? Mama saya kata, “Hang tak payah nak gatai sangat lah. Hang pi belajaq sampai habess dulu. Lepas hang keja, hang nak kawen ka nak apa ka, ikut suka hati hang!” (p/s : mama bagitau lain, ni saya tulis balik lebih kurang macam tu la ayat dia. Sejak bila mama saya pandai cakap loghat utara? :D). Saya pun gelak-gelak sajalah. Ni masa saya sem 2 kalau tak silap. Masa tu mama anti betul kalau saya cakap pasal kawen2. (Alaa mama ni..nak main-main pun tak boleh. Choii…). Tapi sekarang parents dah macam open sikit la bila cakap pasal kawen dan apa-apa saja. Mungkin dorang rasa saya dah matang untuk bagi pendapat sendiri. Mudah-mudahan. (senyum)

Balik kepada kisah kawen tadi. Saya setuju kalau orang-orang muda sekarang nak kawen awal. Kawen masa belajar di universiti ke. Masa sekolah ke..err..sekolah tu macam tak patut pula. Kalau perempuan yang sekolah, yang lelaki pula dah kerja takpe lagi. Suami masih boleh bagi nafkah zahir batin. Kalau isteri tak pandai buat kerja, salahkan diri sendiri ye. Sape suruh kawen dengan budak sekolah. Sebab apa saya setuju dorang kawen awal? Sebab kalau tengok zaman sekarang berapa kerat yang boleh jaga ikhtilat? Batasan dalam pergaulan. Sangat susah. Saya sendiri pon rasa susah nak jaga. Jadi lebih baik saya hidup sorang-sorang saja. Selagi Allah ada dalam hati, InsyaAllah. Tak rasa sunyi sangat. (Ni cakap lebih kalau sorang-sorang memang sedih juga. Sob3..). Ok.Lupakan pasal saya.

Bagi pasangan yang nak nikah kawen masa belajar, saya sangat merestui. Sangat! (over pula).Bagus. Lagi baik kamu rasa susah dalam perkahwinan daripada berketawa riang masa couple secara haram (takde ikatan yang sah) dan menyakitkan mata yang memandang. Saya pun sangat cemburu tengok kamu tahu! Tapi semestinya kena ada restu dari mak ayah dari kedua-dua parents la. Mungkin mereka boleh support dari segi kewangan dan moral. Saya sangat kagum pada ibubapa yang sangat menitikberatkan soal akidah akhlak anak-anak di samping akademik juga berbanding hanya risaukan akademik anak-anak mereka merosot hanya kerana mereka nak jaga diri daripada melakukan maksiat. Saya rasa ibu bapa zaman sekarang kena berfikir juga macam anak-anak mereka berfikir. Macam Saidina Ali r.a. kata "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya, janganlah kamu mendidik mereka mengikut zaman kamu." Benar, zaman sekarang sangat mencabar. Lihat saja isu sosialisme, hedonisme dan dakyah-dakyah lainnya. Bagaimana anak-anak zaman sekarang nak ikut cara mak ayah zaman dulu tambah lagi dengan ilmu agama tak banyak di dada.

Galakkan mereka kawen awal tu lebih baik dari melihat anak berjaya dalam pelajaran tapi agama, akhlak entah ke mana. Adakah kita boleh jamin anak-anak akan bahagia dalam perkahwinan lepas semua maksiat yang dorang lakukan masa tengah asyik bercinta walaupun dalam akademik mereka sentiasa dekan setiap semester? Tak juga kan? Jadi salah merekakah? Mesti ibu bapa juga antara stakeholders dalam kegagalan rumahtangga dan dosa mereka kan? Tapi kalau parents tak bagi juga, anda pula janganlah memandai-mandai pula nak salahkan ibu bapa. Sebenarnya kita sendirilah kena jaga diri..Allah kan ada? (Senyum). Jadi semua depends pada kebijaksanaan kedua-dua belah pihak pasangan dan ibu bapa. Yang penting, istikharah, musyawarah dan segala hal lain sudah dilakukan. Dan ibu bapa pon kenalah bersikap terbuka dengan anak-anak muda sekarang. Instead of halang niat mereka, cuba bincang dan bagitahu mereka kenapa kita tak bagi dia kawen awal. Pasti ada sebab kan? (Owh, saya rasa macam dah jadi ibu anak 3 sekarang..'kita' tu..)

Dan bagi pasangan yang nak kawen pula, mestilah kena ada persediaan dari segi mental dan fizikal. Kena tahu agama dan praktikkan. Kalau tak tahu kena lah belajar..tok guru tak akan datang rumah anda untuk bagi ilmu. Kita yang kena cari sendiri. Baru ada ‘kaf’ ‘ba’ ‘ra’ ‘kaf ’ ‘ta’ ‘nun’-keberkatan. Kalau setakat beria-ria nak kawen tapi ilmu agama ntah ke mana, kebersihan ntah ke mana, akademik ntah ke mana, sumber kewangan ntah ke mana, pengurusan diri ntah ke mana, baik anda pendamkan sajalah niat baik anda untuk menyempurnakan separuh daripada agama masa belajar. Saya tak rasa anda dapat membina rumah tangga yang bahgia sambil melambai-lambai tangan ke syurga. Kalau saya jadi ibu bapa, saya sendiri taknak bagi dorang kawen awal. Menyusahkan saya saja nanti kita pula yang kena selesaikan kes-kes rumahtangga dan anak-anak mereka. Heh.

Saya pula macam mana? Kata nak kawen? Ye..memang ada simpan niat nak kawen ni..jodoh pun ada. Cuma tak tahu sape yang tertulis dalam kitab-Nya. Huhu..(ayat bajet bagus). Bukan tak mahu, tapi..mak ayah tak kasi T_T .Macam dialog yang seperti anda baca di atas. Mula-mula memang kaciwa lah walaupun calon pun masih takde. Tapi takpe, takpe. Allah kan ada? Memang saya masih dalam kuasa wali saya lagi. Walaupun pendapat kami tak sama, tapi saya sangat menghormati pendapat mama dan ayah..dah tu mereka yang besarkan saya sampai saya jadi diri saya sekarang, belikan apa-apa yang saya nak, tahan dengan segala karenah dan fiil semua anak-anak mereka..agak tak bersyukur di situ kalau ye ye nak bagi hujah-hujah dan dalil-dalil segala just sebab nak nikah kawen? Huhh..dahsyat-dahsyat..saya sendiri tak banyak persediaan lagi nak kawen. Lagipun mereka ada pendapat mereka sendiri walaupun masih ada pendapat yang boleh dipatahkan di situ. Tapi Alhamdulillah. Saya jenis boleh terima pendapat orang selagi saya rasa pendapat mereka logik dari segi saintifik dan dalil-dalil. Tengok pada keadaan dan orang la pula kan..hihihi..

Jadi apa yang saya mampu buat sekarang hanyalah buat persediaan dengan tuntut ilmu agama dan dunia banyak-banyak. Cuba jaga tingkah laku jangan bagi brutal sangat. Kena jaga diri dan bersikap lemah lembut macam wanita Melayu terakhir (konon-konon la), belajar mengurus diri, jadi anak, pelajar, kawan dan hamba yang baik. Kemudian bila Allah kata, kun fayakun, jadi maka jadilah. Maka itulah yang terbaik. Just follow the flow. Setiap orang ujiannya lain-lain kan. Ikut kemampuan masing-masing. Allah takkan bagi ujian yang tak mampu orang tu nak tanggung. Allah kan Maha Adil lagi Bijaksana? SubhanaAllah. Jadi moral of the story, selamat pengantin baru pada kawan-kawan yang nak kawen. Nanti jangan lupa doakan saya juga ya. Hehe.. Itu je nak bagitahu sebenarnya -_-''

Lagu sweet. Click sini :>> Sayang - Shae