Powered By Blogger

Friday, 31 May 2013

Hati yang hilang..

Riding Emaan..
Ku kirimkan ayat cinta dalam sujudku.
Tapi aku resah kerana hati masih membeku..
Apakah 'persembahanku' tidak sempurna pada pandanganMu?
Atau kebatilan telah memperdayai diriku?
Apakah yang perlu aku lakukan sekarang wahai Ilahi?
Menghentikan segala seruanku lalu beruzlah untuk mendekati-Mu?
Atau meneruskan pekerjaanku lalu mencari idea yang baru?
Astaghfirullah..hati telah mengering dan jiwa telah membeku..
Semoga aku bukanlah termasuk golongan yang rugi itu..
Dan puisiku telah hilang keindahannya kerana jiwa ini tidak lagi bersama-samaku..

#I'mCopyingThisFromMyDiary#

Semoga cinta yang hilang kembali datang..

Nyanyian Alam

Assalamualaikum. Nak share puisi yang 'tercipta' masa saya pergi berkelah bersama akhwat di Pantai Tok Jembal. Semoga terhibur~



Aku terkagum sendiri..
Melihat ciptaan Ilahi..
Langitnya membiru membias pantai..
Pepohonnya indah menghiasi daratan..

Dialah yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis.
Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih.
Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?1
Tidak Tuhanku..aku mengakui kebesaran Mu..

Aku merapatkan kelopak mataku..
Deruan ombak telah mendamaikan hati yang sedang layu..
Apakah itu nyanyian alam wahai Ilahi?
Sungguh tenang sehingga melarutkan jiwa yang sedang mati..

Ku lepaskan ikatan hati ini untuk menikmati simfoni alam ciptaan Yang Maha Mengasihi..
Semoga kembali tenteram hati si pencinta Ilahi..
Kerana..hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.2 Itu janji Mu ya Rabbi..

1 | (Al-Mulk : ayat 3 : m/s 562)
2 | (Al-Ra’du : ayat 28 : m/s 252)

1.21 p.m. 19 April 2013 Pantai Tok Jembal

Picnic di Pantai Tok Jembal

Monday, 20 May 2013

Equestrian Experience

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah. Selawat dan salam yang mekar mewangi buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikuti petunjuk Baginda hingga ke hari akhirat. Orite. Hari ni tangan terasa ringan nak tekan keyboard. Jadi, select punya select, saya terjumpa gambar-gambar yang saya ambil sepanjang kursus Equestrian sem ni. Hari Sabtu lepas (18/5/13), sepatutnya kami yang ambil kursus Ko-Kurikulum (koko) Equestrian sem ni kena pergi lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Terengganu. Tapi sebab saya perlu siapkan segala macam assignments, projek, group discussions dan test minggu ni, jadi tak dapat la nak join lawatan tu. Huhu. Agak terkilan juga. Sebab saya dah berapa kali lalu kawasan tu on the way balik rumah. Tapi takde rezeki jugak. Takpe la. Lain kali ada lagi. InsyaAllah.

Stable Tok Jembal
Ok! Nak cerita sket pasal Equestrian UniSZA ni. Fasi Equestrian UniSZA yang kami panggil Cikgu Nazuki seorang yang sempoi, lucu dan open. Beliau memang banyak pengalaman dalam bidang ni dan dah banyak kali join sukan berkuda ni. Stable kat depan Pantai Tok Jembal, tempat kami belajar ni jugak adalah hak milik kekal beliau ye. Pernah sekali kami tanya, "Harga sekor kuda ni berapa cikgu?", dia jawab, "Tak mahal, yang tu RM15k sekor, yang depan tu RM150k". Haha.Ok.(Telan liur). Tak mampu la~

Cikgu Nazuki
First day masuk kelas koko, kami diberi penerangan benda2 basic pasal kuda. Mula2 belajar biasa la, tak pernah sentuh kuda. Bila kuda datang dekat, yang tak biasa dekat dengan kuda tu terus langkah jauh sket. Heh. Kata nak belajar. Tapi saya akui, saya sendiri agak nervous berada dekat dengan kuda ni pada mulanya. Ye la.Badan kuda dewasa ni besar, gagah lagi tu.Mata dia siap jeling2 kita lagi.Seriously, takut juga.Tapi sebelum ni saya dah join Equestrian Club, jadi perasaan berdebar macam nak jumpa bakal hubby tu agak kurang. Masa ni kami diberi penerangan pasal cara nak mendekati kuda, cara nak jaga, faham sifat dia, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.Macam nak kenal seseorang juga, orang kata tak kenal maka tak cinta.

Grooming
Ni sesi grooming. Sebelum nak riding, kita kena bersihkan kuda dulu. Cuci bersih2 guna alat2 tertentu.Kat atas ni kawan kita tengah guna hoof pick untuk buang kotoran yang melekat kat bawah tapak kaki kuda.
Sikat rambut kuda
Guna body brush dan dandy brush untuk bersihkan badan kuda. Grooming ni sangat penting sebab masa riding nanti, kalau ada apa2 benda tajam atau pasir masih melekat kat badan kuda lepas kita siap pasang saddle dan sebagainya, kalau kuda rasa tak selesa, akan ada masalah masa nak tunggang. Faham-faham la kan kalau kuda rasa tak selesa nanti, bukan kita tunggang kuda, silap haribulan kuda yang tunggang kita.Heh.
Mandikan kuda
Kalau agak2 kuda tu macam kotor sangat sebelum riding atau bila dah selesai riding, jangan biar pulak dia comot macam tu.Macam kita juga, kuda pun kena mandi untuk menjamin kebersihan dan keselesaan.
Basuh..basuh..basuh..
Tengah mandikan Zorro.

Blink3..dah bersih~
Ni la hasilnya bila dah mandi.Berkilat-kilat badan pony neh.Siap ikat lagi ekor dia taknak bagi jejak tanah.Huhu.
Classmates : Yusman & Khairul
Bila dah bersih, bolehla kita peluk2 macam kawan kita kat atas ni.Hehe.

Pasang bridle
Ok next.Sebelum nak riding kita kena pasang bridle pada kuda.

Sesi pemasangan
Semua kena buat kerja jadi kuda pun jadi pening.Ngee~

Head piece
Ok.Bila kelengkapan macam Bridle,Saddle,Stirrup,Numnah dan Boots dah pakai, kita boleh tunggang slow2.First-rider la katakan, kena la tunggang slow dulu kan..nanti terbang pula rider nye..

Amin tengah tunggang pony
Khairul is riding horse

Kalau ada orang tanya, horse dengan pony tu lain ke? Ye. Memang horse dan pony tu lain-lain. Kita boleh bezakan dengan saiz juga.Ok. Tu la antara pengalaman yang kami dapat sepanjang kursus koko sem ni. Sangat seronok bila dapat ilmu baru. Lagi pula, tunggang kuda ni pun salah satu sukan sunnah selain memanah dan berenang. Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim).Dan insyaAllah, minggu hadapan, 25/5/13 kami akan menganjurkan sukan berkuda terbuka. Program ni sebahagian daripada projek kursus kami dan termasuk sekali dalam markah untuk final nanti. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kongsi cerita mengenai perjalanan program sukan berkuda pula.

Nak kongsi satu pengalaman sepanjang saya menyertai aktiviti ni. Kalau dalam sukan berkuda, biasanya memang ada etika pemakaian untuk penunggang. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Etika dan peraturan ni sebagai langkah keselamatan penunggang juga. Kalau kena pakai boots,helmet ok lagi. Saya tak kisah. Tapi kalau kena pakai baju ketat seluar kettattt SAYA KISAH. Pernah masa Equestrian Club buat program di Royal Kelantan Endurance Centre, fasilitator yang jaga kata, baju kena masuk dalam seluar. Ok. Kami yang pakai baju Muslimah ni dah gelisah. Macamana nak masukkan baju dalam seluar, sedangkan baju atas lutut pun dah buat kami rimas. Memang ada ramai juga pelajar Syariah yang join sukan ni. Dan saya respect bila mereka  masih jaga pemakaian sebagai seorang Muslimah. Dan saya lagi la tak kisah.Saya bukan pakai baju labuh tudung labuh sebab saya belajar kos pengajian agama. Saya pelajar Sains dari dulu sampai sekarang. Tapi untuk menjaga aurat itu adalah hak wanita Islam. Tak kira dia siapa dan belajar kos apa.

Balik pada cerita di Endurance Centre tadi, bila turn kami tunggang kuda, buat2 tak tahu je la. Pakai je baju Muslimah dan tudung labuh. Tak kisah la orang nak kata apa.Fasilitator dan orang sekeliling pun tak halang. Kalau dorang nak berhujah depan saya, saya boleh balas hujah berserta logik, saintifik, fakta dan dalil2 sekali. Hehe. Melawak je. :P.. yang penting pemakaian itu hak kami.Aurat tu hak kami. This is a ‘Human Right’. Hehe. Human Right bagai. Tapi kalau ikut logik, orang Arab masa perang dulu pakai jubah je kot. Takde pula saya dengar laporan kata, ‘Orang Arab Maut Kerana Jubahnya Dipijak Kuda Semasa Menunggang’ atau ‘Peraturan Pakaian Kettattt Untuk Pasukan Berkuda’ dan sebagainya. Bagi saya takde masalah dalam hal ni. Nasihat saya, Muslimah, do what you want to do. Because if they can do, you can do better! Islam pun tak pernah sekat wanita Islam bersukan atau bersosial selagi tak melanggar syariat. Tapi saya akan sangat hargai kalau kerajaan wujudkan pusat sukan tertutup untuk wanita.Walaupun pakaian kettattt untuk keselamatan tu logik, tapi bila saya terbayang-bayang orang Arab tengah naik kuda pakai jubah longgar di padang pasir tu, saya rasa logik juga. Ngee~

Riding horse

Thursday, 9 May 2013

This is a starting point.

Assalamualaikum n have a nice day to the readers.

Wuuhuu..new days, new spirit, new motivation, new intention. InsyaAllah..
There you are, at last, about 2 week holidays, and still, I'm here. At my lovely home getting this headache, stomach-ache and all the dizzy thinking about my future, about my life and the Hereafter, thinking about my Imaan that is going up and down every second and every moment, about my family, people surrounding me, all the assignments and all the good deeds I'm doing so far that seen will never stop to give me a relieve breath. Fuhh..really adventurous life I think. And here I am. Create a new blog. Hahaa..erkk..this is my first blog actually.This blog will be a new space to talk a lot and sharing any opinions and stories about Islam, inspired stories, people, experiences and about me, insyaAllah-the silent, but talkative Muslimah, sporty, active person, bla bla bla. Yup, this is me! I can motivated myself. I'm bold and firm to the right place and time. But still, trying to be a good dai'eyah, leader, sister and daughter. Do know me before talking non-stop about me, and do know Allah and Rasulullah before knowing others.Chillex :D