Seperti seekor burung yang gembira terbang bebas di langit biru
Aku juga seperti itu..
Gembira bercinta dengan Tuhanku
Dalam doa dan dalam setiap sujudku
Apabila ditemui makrifat cinta itu
Seakan aku tidak mahu melepaskan rindu
Rindu yang sentiasa singgah di dalam kalbu
Aku bahagia menjadi diri sendiri
Seperti bahagianya si pengemis mendapat rezeki
Bukan mudah untuk mendapatkan cinta Ilahi
Perlu berkorban itu dan ini
Dan akulah si pengemis
Pengemis cinta Ilahi
Laksana mencari hati yang hilang dibawa pergi
Kerana cinta yang selayaknya sudah mampu dirasai
Ujian yang dulu terasa sukar pun sudah menjadi sebati
Sebati dalam diri yang tak biasa disakiti
Dan pengorbanan itu menjadikan aku seperti ini
Muslimah yang tahu harga diri persis sang mawar berduri
Mahu didekati pun perlu berfikir dua kali
Dibenci aku tak sendiri, disindir pun tak mampu melukakan hati
Kerana hati ini sudah dijaga oleh Yang Maha Mengasihi
Oh Tuhan aku suka menjadi diri sendiri
Kerana setiap orang yang Kau cipta itu punya kelebihannya dalam diri
Sedang yang lain masih tidak mahu menjaga pemberian dari Ilahi,
Walaupun aku tahu mereka belum mengerti
Aku pula lebih suka menjaganya dengan berhati-hati
Takut mengundang murka Ilahi
Sedangkan aku masih perlukan cinta yang suci
Aku suka bila tudung labuhku beralun lembut ditiup angin pagi
Dan memakai pakaian malu bagi menutupi diri
Aku juga tak pernah berasa susah bila perlu mengenakan sarung kaki
Kerana aku tahu janji Allah itu pasti
Bukan sengaja Dia menyuruh itu dan ini
Tapi pasti ada hikmah yang tersembunyi
Walaupun tidak aku kaji dari sudut dalil dan saintifik yang memberikan bukti
Kerana pernah beberapa kali aku mengkaji sendiri
Dan setiap bukti pasti membuatkan aku memuji-muji kebijaksanaan Ilahi
Aku mengerti Allah lebih tahu apa yang ada di langit dan di bumi
Selagi itu perintah dari Yang Maha Mengetahui
Aku tidak peduli
Aku tetap akan mengikuti..
Dan semoga aku istiqamah memelihara apa yang diberi..
Ya Rabbi Ya Rabbul Izati
Tetaplah Kau jaga hati ini
Sehingga ajal menjemputku pergi
Kerana aku tidak tahu bila aku akan mati..
23:39 pm 9/7/13